Monday, August 30, 2004

..::MERDEKA!!!::..
Kata orang seronok bila menyambut hari kemerdekaan nih.Betul laa kot pasal opis aku lengang.Kedua-dua boss aku tak nampak batang hidung.Account department tutup dan cuma PA boss dan sales department yang fully operated.Kena lak besok public holiday so banyak yang ambik kesempatan mengambil cuti pada hari nih.Keje aku hari nih sibuk membuat payment allignment untuk para pembekal bahan kimia yang berurusan dengan syarikat kitorang nih.Ye laa dah pandai beli barang kena laa pandai pulak nak membayarnya.
Besok hari kemerdekaan Malaysia yang ke-47 tahun.Merdeka kah aku???Aku rasa ye...,aku ialah anak merdeka.Bebas dari kongkongan sesiapa dan hanya tertakhluk kepada agama,perlembagaan negara serta undang-undangnya.Di dalam era kemajuan sains&teknologi serta kecanggihan internet..,pemikiran kita telah disogokkan dengan pelbagai jenis maklumat dan hiburan yang bebukan.Kita sebagai manusia yang telah di`anugerah`kan dengan kepala otak yang lebih hebat dari Pentium / Celeron so sewajarnya kita sebagai manusia mampu membezakan diantara hiburan yang sepatutnya dan yang tak patut.Adalah tidak adil menyalahkan kemajuan teknologi sebagai puncanya keruntuhan moral di malaysia.Walaupun ianya boleh dikategorikan sebagai faktor penyumbang yang minimum.
Ilmu sains ialah ilmu untuk mengkaji kepelbagaian hidupan dari teras bumi sehingga alam semesta.Teknologi pula membolehkan manusia menjalani kehidupan dengan lebih sempurna.Jadi manusia sebenarnya yang memikul kesalahan jika menyalah gunakan aplikasi ini.Pendek kata kita adalah TUAN kepada sains dan teknologi dan bukannya menjadi HAMBA.Jangan laa kita rasa terikat kerana kita yang mencipta ini semua dan kita laa akan mengawalnya.
Syukur kepada ALLAH kerana dengan izinNya kita dapat menyambut Hari Kemerdekaan ke-47.Semoga rakyat jelata dapat menjalani kehidupan yang aman lagi makmur di bawah naungan DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong....
MERDEKA!!!MERDEKA!!!MERDEKA!!!

Wednesday, August 25, 2004

OPISMATE AKU DAN KENARI

Petz...shoot cun2 tau(cehhh....:p)

Kat atas nih ialah opismate aku iaitu En.Hasrul Naim Bin Omar @ anak pakcik Omar.Anak kepada seorang OTAI dari Sg Besar,Daerah Sabak Bernam.Berkelulusan Diploma in Electrical Engineering (majoring in Intrumentation) dari UiTM Shah Alam dan skang nih tengah buat Degree dalam course yang sama secara part time..Mamat nih berusia 24 tahun dan dah ada kete sendiri :p...Kira ok laa kan...umur memuda dah ada kete sendiri....tak lah menghabihkan boreh bapak dia.(Opssss)....Dia start keje kat opis aku nih dalam tahun 2002 dan sampai laa sekarang.

Korang musti lak tertanya-tanya apa kejadahnyer aku citer pasal orang lak kan???...Sebenarnyer bagi aku mamat nih adalah antara kawan rapat yg boleh aku percayai dan harapkan (betul ke???) kat opis nih.Dan tak salah rasanyer aku berkongsi kawan aku nih dengan korang...betul tak???(macam publisiti jer).Dia nih kuat simpan rahsia,bijak menganalisis sesuatu situasi,ber`psikologi` yg bagus dan matang.Macam dah tua je mamat nih.Seorang yg suka menunjukkan emosi melalui air muka cam bebagus je...kekadang cam hampehhh.Aweks senang tertarik dengan sifatnyer yg kelakar dan kelakar + gatal sesikit.Aweks akan berasa selamat dan selesa dengannyer(pasal badan ko macam teddy bear kot....!!!).Berpandangan jauh dan mempunyai semangat berdikari yang baik.Tak takut nak tegur kawan walaupun lepas tu kawan tu akan makan hati dengan dia.(bukan aku laa).Berkomunikasi secara bijak (pandai laa ko) dengan semua orang WALAUPUN semua ORANG tak bercakap sesama mereka.Dalam maksud aku nih...so pepaham je laa.

Entry aku kali nih bukan laa untuk menjaja kengkawan aku tetapi lebih kepada berkongsi kawan yang baik dengan kawan2 aku yang lain...errrr macam korang laa.Kalau hidup takder kawan ada lebih baik ko carik kawan.Mengikut pengalaman aku laa...kawan nih macam bonus dalam kehidupan kita.Ada masalah yang mak bapak kita tak leh selesaikan atau tak leh tau...pada kawan laa kita mengadu.So kalau takder kawan korang nak citer pada siapa tentang masalah tu????Boleh mandul tau kalau stress memanjang...kohkohkohhh(sori en.banai)kuikuikui.....

p/s:Naim,aku harap ko ok dengan entry aku nih dan silalah komen ye.You are my friend...go naim go............wassalam....... :p

Tuesday, August 24, 2004

Rupa & Harta

..::Erkkk::..
Ermm...aku rasa semenjak dua menjak nih aku semakin keliru.Adakah aku perasan atau bodoh.Bukan nak citer sedih...tapi korang tak pernah ke hampa kalau cinta suci korang (suci macam mana tuh) di tolak mentah2.Dan terjadinyer penolakan ini adalah kerana RUPA & HARTA yang tak kekal tuh.Ekekekk...(ketawa sadis nih) kalau kita mengaku maknanyer kita berada di dalam golongan yang kurang berharta dan kurang rupa (tapi cukup sifat laa).Bagi mereka yang berjaya kerana mendapat couple yg tidak mementingkan kedua-dua benda nih tahniah aku ucapkan...,bagi yg tidak pula kita kena berusaha lagi.Jangan laa nak tipu kalau ada yang cakap ini semua tak penting.Ehh...!Jangan jadi hipokrit laa.Aku tak marah cuma bengang jer.Kenapa lak aku harus bengang???Biar muka ganas (atau buruk ke) tapi kena baik...tapi kalau betul laa aweks2 dan balaks2 dari dulu sampai sekarang mementingkan hati dan budi pekerti aku ingat ramai yg encem2 dan yg lawa2 tu tak ada pasangan.
Dalam suka dan duka,suka dan tidak,jujur atau bohong kita harus mengaku bahawa kehidupan kita ini dilingkungi oleh mereka yg HIPOKRIT....walaupun diorang tak menipu,makan harta anak2 yatim,baik hati,sikap HIPOKRIT ini masih menghantui kita.Adakah aku juga HIPOKRIT..????Aku hanya mampu berdoa agar aku,kengkawan aku,jiran2 aku dan seluruh ummat manusia ini tidak menjadi HIPOKRIT.Jadi konkrit takpe pasal dia `solid`.Ekekekekk...
Berbalik kepada asas iaitu rupa dan harta.Syukur pada Allah w.b.t kerana hidayahNya...aku rasa mendapat seperti penjelasan yang tersirat dan yg tersurat.Di atas apa yang terjadi,persekitaran kita,sikap manusia yg sukar diramal,kemajuan sains dan teknologi,kesedaran sivik dan kesedaran syariah...ini semua di wujud dan `nampak` kerana inilah buktinyer DIA wujud.Betapa DIA melingkari setiap zahrah yg `nampak atau `tidak.Dengan apa yang terjadi barulah sifat manusia ini lengkap.1001 perangai manusia yg dapat kita lihat hari ini.Punyalah tinggiNya Ilmu DIA.
Kepada korang yg baca entry aku kali nih jgn rasa cemas pasal aku ok dan rasa cam biasa.Aku rasa seperti terpencil kerana aku rasa aku hampir menjadi HIPOKRIT dan aku akan cuba untuk menjauhi sikap cenggini.Pada yg terasa hati hanya sepuluh jari(jari tangan je tau)yg mampu aku susun.Aku hanya menaip apa yang aku rasa semenjak dua menjak nih aje.Pada yg tak terasa aku ucapkan alhamdulillah kerana tidak merasai pahitnyer hidup nih.Semoga Allah menunjukkan kita jalan yg lurus sehinggalah menjelang `Ihdinassiratal Mustaqim`.......Aminnnnnn.........

Monday, August 23, 2004

OKB Kay_Rex membayangkan RM yang terbang

Pada 20/08/04 (Jumaat) OKB Kay_Rex & OKB Benz telah menganjurkan sesi makan di Nandos pada jam 5.45ptg.Sebenar nyer kitorang berjanji nak berjumpa dalam pukul 5.00ptg...,namun OKB Kay_Rex terpaksa menunggu OKB Benz yang tetiba pulak ada hal.Cipan tul laa....aku siap tertido dalam kete.Tepat jam pukul 5.45ptg OKB tu call aku mengatakan mereka dah sampai.Aduhhh....mengantuk lak tapi makan free punya pasal aku menjadik cergas dan laju je turun ke SOUQ Putrajaya.Ehehehh...

OKB sedang beraksi menyembelih ayam

Memandangkan diorang beria-ia meng`offer aku untuk makan apa saja yang aku nak...,aku segan eheheheheh so aku order 1/2 ayam je.(banyak ker???) dan ice lemon tea yang perghhhh sedap gilos baban.OKB berdua tu lak makan secara normal dan bersesuaian dengan saiz dioarang iaitu 1/4 ayam sahaja.Ermmm....aku sebenarnyer bukan laa buruk makan cuma memang aku minat sangat dengan Nandos nih.


Lerrr...tinggal tulang je ke???

Apa lagi...sesi memakan ayam nyam...nyam...nyam...pun bermula dengan hangatnyer.Kena lak aku order Extra Hot Peri-Peri Chicken dan tuang lagi Extra Hot Sauce...perghhhh ice lemon tea tu sekejap je habis.Nasib baik sebelum sesi makan bermula aku sempat beli F&N orange crush 1.5L.Kira back up beverage laa.(Pandai gak aku!!!)


OKB Benz berposing manja(kata dia laa)

Anyway aku rasa amat berterima kasih yang teramat sangat kerana OKB berdua nih sudi memayung majlis sesi makan Nandos pada kali nih.OKB Benz mencadangkan agar kitorang membuang duit dengan bermain bowling laa pulak pada masa akan datang.(Idea menarik nih)Aku akan memajukan usul nih kepada General Manager Operation # RadioAktif iaitu Ir.LaPan untuk pertimbangan beliau.Apa nak buat...,ok gak kalau main bowling kan...kan...kan...takder laa asyik makan je....ehehehhhh....

Thursday, August 19, 2004

Ini Bukan Aweks Aku

Seperti tajuk pic yang aku download nih,aweks yang kat atas nih bukan laa aweks aku...saja je pasal aku minat dekat Jessica Alba nih.Jessica nih heroin citer Dark Angel yang juga diminati oleh aku....Dengan paras rupanyer yang supernalla nyer lawa (bagi aku laa) dan keayuan yang dimilikinyer mampu mencairkan hati kebanyakkan lelaki (termasuk aku)...Pendek kata kalau sesiapa laa yang dapat aweks yang rupanyer lebih kurang cenggini...,memang dia antara lelaki yang bertuah dalam rangkaian planet BimaSakti nih (kat akhirat tak tau lagi)

Aku tertanya-tanya gak kenapa kebanyakkan lelaki dan perempuan pada masa sekarang nih selalu mementingkan kecantikkan dan ianya menjadi faktor pertama....,dan kalau tak pun bab nih akan menjadi faktor kedua atau ketiga.Kenapa perkara lain sering diabaikan seperti budi pekerti,keturunannyer dan tahap pendidikkan agamanyer...,walhal perkara-perkara inilah yang menjadi fear factor untuk menjayakan konsep sesebuah perkahwinan itu.Kita selalu mengimpikan rumahtangga (skang orang duduk rumah teres dan apartment) yang bahagia dan cambest tapi aku wonderious laa boleh ke ianya berjaya kalau kita hanya menilai dari segi aspek rupa.Dah laa sekarang kita hidup dalam zaman RM...wang ringgit saudara kita.Ada harta baru laa saudara mengaku saudara,mengaku adik-beradik,mengaku ada hubungan kekeluargaan sampai ada frasa melayu berbunyi seperti bau-bau bacang (takder buah lain ke).Kalau takder orang pun pandang takder rupa...,

Err...,nanti sambung balik...ada call in laa eheheehhh......

Tuesday, August 10, 2004

KEHIDUPAN

Pemandangan Senja Dari Belakang Opis Aku

Aku snap pic nih masa pergi kat belakang opis aku (opis aku di tingkat 1) so ada balkoni laa.Masa tu jam baru menunjukkan pukul 7.00mlm dan aku terpandang matahari tengah nak terbenam.Tetiba lak aku tangkap emosional jap...teringat kekisah lama2.Masa kecik2,masa sekolah,masa peperiksaan SPM,masa start keje,masa susah,kisah cinta monyet sampailah cinta baboon...eheheehhh...sehinggalah masa tengah aku snap pic nih.Aku rasa amat bertuah kerana lahir dari perut mak aku yang lawa tu (masa muda laa) dan lahirnya aku di atas bumi bertuah ini.Aku memanjatkan doa kesyukuran kepadaNya dan terasa kerdil lagi hina di sisiNya.Perlukah aku sekaya Bill Gates untuk merasai kemewahan dunia...,perlukah aku se`encem` Brad Pitt ;p untuk memikat awekss....atau perlukah aku menjadi hipokrit untuk menyenangkan hati dan rese orang lain...Pendek kata aku haruslah bersyukur kerana berpeluang merasai apa yang telah pun aku rasa kerana aku yakin apa yang kita semua rasa tidaklah semuanya sama.Memasing memunyai perspektif yang berlainan dan kerana inilah kita berjaya menjadi satu golongan hidupan yang mampu berevolusi sejak sekian lama....

Thursday, August 05, 2004

AKU LETIH


Keadaan Lepas Meeting

Arghhhhh.....tensen laa.Meeting ari nih banyak menguji kesabaran dan kecekapan menepis,buah pukul,kilas,gerak kunci dan langkah maut di dalam menghadapi sesebuah mesyuarat operasi bulanan.Dan betul kata guru martial art...kalau ko terer tapi tak selalu amalkan akibatnyer ko kena bertahan je laa.Habis lunyai baju kalis peluru aku...ye laa kalau dah mortar dan roket yang boss hentam ko...jangan kan kete kebal...fortress pun hancur beb.Tapi ada hikmahnyer di sebalik kejadian ini....buat laa keje sebaik dan seikhlas mungkin.Insya-Allah ia akan menghasilkan hasil keje yang bagus dan membentuk jaringan aura perlindungan peribadi yang ampuh.Anyway aku bertuah sebab Mr. Big dan kawan satu department back up belakang aku...errrr tikam aku pun ada so kira terduduk je laa dan tak laa ko terbaring.Dengan meja yang bersepah aku hanya mampu bersandar menikmati ketenangan yang simbolik yang sukar diucapkan.Legaaaaaa..........dan syukur yang dapat ku panjatkan apabila mesyuarat yang hampeh itu berakhir.Dan buat BOSS aku....thanks pasal tak hentam teruk2 sangat...kira ada mercy lagi laa...ini yang buat aku sayang ngan boss aku nih.

Hari ini sebenarnyer banyak benda yang berlaku...kekecohan yang berlaku dalam #RadioAktif sedikit sebanyak menyedarkan aku betapa lemahnyer aku mengawal sifat amarah.At least aku cuba yang terbaik untuk terus bersama mereka.Susah aku nak cakap.....dalam room nih aku sayang semua usersnyer kerana baru ini lah aku merasa nikmat gathering chatters.Seronok beb cuma aku mungkin terlambat sikit laa untuk dapat merasa benda2 cam nih.


KAREKTOR MANUSIA BERDASARKAN KENTUTNYA

Hanya sekadar bacaan ringan...Tgh tensen laa cam tongsan...ahakssss


1. Orang TIDAK JUJUR Orang yang kalau kentut lalu menyalahkan orang lain. 2. Orang BANGANG Orang yang menahan kentutnya sampai berjam-jam. 3. Orang BERWAWASAN LUAS Orang yang tahu bila harus kentut. 4. Orang SENGSARA Orang yang ingin kentut tapi tidak boleh kentut. 5. Orang MISTERIUS Orang yang kalau kentut, orang lain tidak ada yang tahu. 6. Orang GUGUP Orang yang tiba-tiba menahan kentutnya bila tiba masa nak kentut. 7. Orang yang PERCAYA DIRI SENDIRI Orang yang selalu mengira kalau kentutnya bau harum. 8. Orang SADIS Orang yang kalau kentut di ranjang terus dikibaskan baunya ke ranjang orang lain. 9. Orang PEMALU Orang yang kalau kentut tidak bunyi tapi lalu merasa malu sendiri. 10.Orang yang STRATEGIK Orang yang menyembunyikan kentutnya dengan tertawa terbahak-bahak biar orang lain tidak dengar. 11.Orang BODOH Orang yang kalau habis kentut menghirup nafas untuk mengganti kentutnya yang keluar. 12.Orang PELIK Orang yang kalau kentut di keluarkan sikit- sikit,sampai bunyi "tit-tit-tit" 13.Orang SOMBONG Orang yang sering mencium kentutnya sendiri 14.Orang RAMAH Orang yang senang mencium kentutnya orang lain. 15.Orang yang tidak senang BERGAUL Orang yang kalau kentut sembunyi. 16.Orang AKUATIK Orang kalau kentut di dalam air sampai bunyi "blekuthuk-blekuthuk" 17.Orang ATLETIK Orang kalau kentut sambil mengeluarkan tenaga dalam. 18.Orang JUJUR Orang yang mengaku kalau habis kentut 19.Orang PINTAR Orang yang boleh menandai bau kentut orang lain. Nak tambah... 20. Orang MALANG Orang yang nak kentut tapi terkeluar taik....

kui kui kui.

Monday, August 02, 2004

It`s just not right!!!

GATHERING DI TIMES SQUARE

Dari Kiri : Mr.Big&Wife,Aku,Along@Wife LaPan,LaPan dan hero cun HaiKal...

Aku,LaPan dan Mr. Big hanya mampu merancang Rancangan Perjumpaan #Radioaktif @ RPR pada 31/07/2004 namun Allah jua menentukan segalanyer kerana ianya tidak berjaya sebab banyak yg tidak dapat memberikan komitmen mereka.Anyway terima kasih pada Big dan LaPan yang sudi berganding bahu bersama-sama untuk menjayakan RPR ini.Hehehehhh....namun ianya tidak menjadi halangan kerana kami menghabiskan masa dengan merayau kat Times Square...pastu singgah di Karnival Sureheboh TV3 Bukit Jalil.Kami tetap enjoy dan banyak bertukar-tukar cerita dan pengalaman antara kami. Masalah cita2,anak2,kete idaman,pastu cerita horny sesikit...hehehhhh aku je laa rasa kekok pasal aku kan lom kawin lagi.Nasib baik laa diorang nih sporting gila baban....naik bergegar UNSER Big kerana menahan kami gelak memanjang...Thanks pada Big kerana memayung majlis nih...tanpamu pasti acara nih terencat jua....Takper...kita pasti akan planning a better and proper study for next RPR.Yeahhh.........err buat Hanna kami minta maaf kerana mintak ko melencong ke tempat lain,bukannyer apa kami akan merancang untuk invite ko lain kali.Kali nih musti cun2 uptown nyer plan.Aku amatlah berharap agar dimasa hadapan kita semua akan berkumpul untuk berkenal-kenalan antara satu dengan yang lain dan mengeratkan pertalian silaturrahim.Buat Boss #RadioAktif aku harap ko tak serik nak buat gathering lagi in future....aku akan selalu memberikan sokongan moral 100% demi kebaikkan bersama.(macam iklan ASB laa pulak).

p/s:LaPan,cantik tak background pic tu.....ehehehehhh...... ;p

Friday, July 30, 2004

::Macam-macam Daa

AyAres & Ayamas


Posing sambil mengunyah
Akhirnya sampai laa aku kat Hotel Seri Malaysia di Larkin untuk menghadiri kursus `Chlorine Emergency Response Team`. Aku sampai hari Isnin untuk check in. Badan letih beb so pada besoknya aku membuat temujanji dan bukannya dating dengan member blogger yg encem iaitu AyAres151 @ Tokeh Ayam @ Bapak Ayam di Restoran Rasa Ayamas kat Taman Universiti. Siot laa boleh lak aku tersesat jalan nak ke taman U, dah laa ponteng kelas teori.Besok nak exam lak tu...tak lulus tak dapat sijil wooo.....
So aku pun call laa bapak ayam nih dengan harapan dapatlah kiranya dia menunjukkan jalan yang benar dan diredhai dan dijauhi dari kesesatan jalan untuk menuju ke ayamas nih.Lepas tu baru aku leh sampai kat sana dengan selamatnya...berkat keizinanNya jua.Lepas park kete EVO VII aku pun carik laa restoran rasa hampehmas ni dan aku terpaku apabila terdapat seorang bapak ayam yg sedang menjaja ayam dikhayalak ramai iaitu AyAres.



Petz,ko close up tau pic nih!!!

Terus tokeh ayam nih meng`offer`kan diri untuk belanja lunch dengan ayam2nya yang kelihatan agak segar untuk dijamah.Orang tua2 cakap rezeki jangan ditolak musuh jangan di carik so aku kira ok je.Makan free laa sapa tak mau kan.Kena lak aku memang suka makan `ayam` yang cenggitu dan cenggini.Sambil aku mengunyah dengan tekun AyAres bercerita tentang rentetan kehidupan seorang `penjual ayam` dan pengalaman hidup.Aku tengok mamat nih friendly dan baik hati tak ubah cam aku jugak.Walaupun baru bersua muka tapi kitorang berbual seperti dah lama saling mengenali antara satu sama lain. Lepas tu aku temankan dia gi beli roti pita pasal stok dah abis.Tengok jam ari dah kul 3ptg dan aku terpaksa blah pasal ada keje lain.Pada AyAres thanks a lot my friend............

CCM CHEMICALS

Kakak Angkat Yg Terangkat


Aku sebenarnya dah pernah ambik kursus nih tapi saja ambik lagi sekali untuk melepaskan rindu dengan kakak angkat kesayangan aku nih.Aku kenal dia pada tahun lepas semasa ambik kursus `Safety Awareness` di Pasir Gudang Works dan masa tu aku lepak kat Tanjung Puteri Golf & Resort.Malam kakak angkat aku dan kengkawan dia tu pakat gi karaoke dan tanpa segan silu mengajak adik kesayangan dia nih sama.Perghhh.....minah nih nyanyi lagu Senja Nan Merah tapi bukan berduet ngan aku pun.Lupa laksss nama kakak nih Rasidah...baik hati tau dan rasa seronok bila keluar dengan dia nih.Kena pulak masa nih aku dah ada digital camera nih apalagi terus aku snap gambar dia.


Lagi Seorang Kakak Angkat

Hahahaha....yang nih pulak kakak Norhaslena.....comeyyy pasal dia kecik jer....sporting dan caring.Aku kenal dia serupalah macam kes kat atas tu.Tapi janganlah salah sangka...tempat karaoke tu hanya khas untuk resident yg overnight kat situ so kakak2 nih bukannya sosial....hehehhhhh...........

Friday, July 23, 2004

Aku&Selebriti???

Aku dan Norazli Noh Selamat Pagi Malaysia

Hehehhh....tengah aku sibuk melayan keje yg gila baban nyer banyak tetiba ada sorang mamat telah mengacau aku.....cam bagus jerk mamat nih....nasib baik aku tak terbaling keyboard ker,monitor pc aku ker....rupa2nyer si Norazli Noh...,pengacara Selamat Pagi Malaysia. Aiseyyy...aku kenal mamat nih dari tahun 2001 lagi dan dia nih teramatlah friendly(macam aku gaksss)dan tak sombong...Ok laa kan..kalau hidup nak sombong ko duduk lah kat hutan tu sinsri2....,boleh laa joint orang utan dan LaPanZie makan pisang sesama.Tak cukup call laa boleh aku hantarkan pisang 5-6 lori ker...hahahahhhh jangan LaPan ye...gurau maaa!!! 

Boss dan opismate aku

Hah....ini lak pic yg diambil masa birthday lunch opismate aku.Kitorang meraikan birthday boy dan birthday girl kat Kelana Seafood Centre kat Petaling Jaya (5 min dari opis aku...)Kalau korang nak tau...,yg berdiri sebelah kanan sekali itulah dia Mr.Big.Ermmm...,encem kan dia hehehh....anak dah 2 orang dah tu.Kira enjoy laa jugak pasal lepas tu kitorang karaoke sakan (hoiii....keje dah abis ker hah???)Kira orait laa kan pasal Big Boss aku pun sporting pasal kitorang bantai melalak kat sana sampai kul 3ptg.Alaaaa....sekali sekala apa salahnyer lagi pun boss yang menyanyi sakan....kitorang dapat laa seround dua jerr.Hahahampehhsss tul laa.

P/s: AyAres : Aku akan lepak kat Hotel Seri Malaysia kat Larkin so aku akan carik ko.Ahakssss.


Wednesday, July 21, 2004

Tempat keje aku

Ini lah tempat aku duduk bekeje dan apdet blog aku yang tak seberapanyer ini. Bilik punya besar hanya 3 orang jer duduk.....rasa sunyi siott.Tempat keje aku memang bersepah ngan segala macam invois,purchase order,delivery order dan ntah apa2 lagi laaa.Boss aku kekadang bising gak pasal bersepah....bagi aku lah adatlah kalau buat keje yang banyak cam aku nih...... (aku buat banyak keje ker???)memang akan bersepah.Alaaaa boss ilek laaa bukan nyer profit syarikat turun kan...kan...kan...?Cayang boss muahhhhh......uwekkkkkkkk nak muntah aku....boss aku 2 orang nih jantan belaka....!Errr....tu pasal lah jugak pasal meja aku bersepah,cuba kalau boss aku tu pompuan@aweksss yg cun dah tentu aku kemas meja tetiap ari.Fail tersusun kemas,meja berkilat dan semestinyer wallpaper pc aku nih horny skit....Hahahahaha pengaruh BANAI laa nih...horny memanjang.Aisey...nak call AyAres laa ari nih pasal dia ada kat KL nih.Dia ada interview ari nih untuk jawatan pengurus restoren AYAMAS bak kata LaPan.....lepas ni kita pakat panggey dia pengurus AYAM hahahah....


Monday, July 19, 2004

Atas ni bukan laa kete aku.Aku pakai wira jek! Posted by Hello

Errmmm.....,aku letak gambar kete nih bukannyer apa.Saja nak cuba letakkan gambar dalam blog nih.Ntah macam mana ntah aku buat tup2 ada lak gambar...ehehhhh.Pasni boleh laa aku letakkan gambar selalu,tak lah burin dan buhsan bila tengok blog nih....

Cakap pasal kete nih ianyer memang kete idaman aku laaa. Powerful dan ada spaceful,kuasa kuda yang tinggi,rupenyer yang macho dan ganazzz....


Friday, July 16, 2004

(15/07/04)
Big disahkan demam dan dapat MC.Uhuhuhuhh....sedih laa.Patut lah muko cam apo2 ntah monyok je cam ayam berak terlebih lime(kapur).So sebagai kawan yang baik hati cam aku ni pun pergilah tapau nasik+petai+sambal belacan+ikan bakar+masak lomak cili api sebagai pembuka selera untuk lunch.Perghhhhh terkejut laa..., habis licin gua cakap lu ahahahh...... Pastu muka monyok balik... laaaaaaaa apo kono eh jang???Rupanyer nak balik umah (ye tak ye jugak kan dah dapat mc)nak rest katanyer.
 
Aku bertambah stress pasal load kerja semakin banyak sampaikan aku rasa nak cabut jer bulu idung boss aku tuh.Sesuka hati je nak suruh aku keje bebanyak...errr ok laa jugak pasal ini bermakna kompeni boss aku nih ada job.Bila ada job musti ada income dan bila ada income mustilah ada gaji ye tak????Aku nak gaji ker???Ishhh korang nih musti laa nak gaji....,nak bayar keto,belanja dapur,api dan air,tepon+prepaid lagi.Perghhhhh aku rasa gaji aku RM10k baru laa seronok hidup.Tapi aku bersyukur pasal ada keje....,boleh support emak dan adik aku yang tersayang nih.Maklum laa aku ni anak lelaki dan sulung lakss tu.Tanggungjawab beb... 
  
 

Thursday, July 15, 2004

Ehehehhhh

Malam semalam(14/05/04) aku dating ngan seorang users pompuan room #radioaktif iaitu Mimie Asmieza@Mimie Asmidar@Mimie.So citernyer lebih kurang cenggini laa. Aku habis meeting ngan satu engineer dari Germany (ehehehh cam orang penting jer) kat Loji Air Sg Semenyih di Putrajaya dalam kul 5.30ptg. Kalau engkorang nak tau loji air ni terletak kat Precint 19 Putrajaya namun malangnyer tak ramai resident kat sana tau tentang kewujudan loji air nih.Apparaaa bikin malu nama orang Putrajaya jer. Pastu singgah Souq pekena HOT CHOC San Francisco Coffe Bean perghhhhhhhh sedap gilos baban. Tengok jam dah kul 6.30ptg dan call mimie kekalau dia nak kuar ngan aku. Respon ada bagus apa lagi aku ajaklah si Kay_rexx@Khairul Annuar@Kay Encem untuk kawankan aku, manalah tau kalau aku ngan mimie jer ntah apa-apa terjadi ehehhhhh.......mana laa tau kan....

Aku jemput mimie kat Institut Penilaian Percukaian Negara (INSPENS) kat bangi (perghhh nasib baik kay ada)....dalam kul 8.00mlm. Mimie ni dari Sabah dan datang kat sini untuk kursus kat tempat ni laa,lupa lakss nak tanya kursus kahwin ker?????. Pastu terus aku shoot gi SATE HJ SAMURI yang tersohor di kajang untuk makan sate (sori laa LaPan terlupa lakss nak ajak ko). Memandangkan kitorang bertiga aku pun order laa sate campur dalam 40btg(habis gua cakap lu...)Tengah2 berborak tu Hanna@lyhannie pun call laa kawan baik dia si Mimie nih, lebih kurang dalam kul 9.45mlm aku hantar Kay kat Souq dan pastu Mimie...ehehehhhh.

Aku nak ucapkan jutaan terima kasih kpd Mimie yg sudi join makan malam dan Kay kerana memayung sama majlis yg memang tak seberapanyer nih.

p/s:LaPan aku dah email gambar majlis nih kat ko so jgn lupa publishkan yer....

Tuesday, July 13, 2004

Cak!!!!!!!!!!!

Heh.....,tengah aku belek blog kengkawan aku terasa seperti didorongkan untuk turut sama membikin blog nih. So aku pun buat laaa cuma ianya akan memakan masa sedikit. Semoga kengkawan aku akan menolong aku menyiapkan blog ni sesimple dan sesempoi yang mungkin. Okeh bebehhhhhhhh...........Aku harap segala suka duka aku dalam kehidupan ini akan dicatitkan dalam blog nih........

Big takder pasal dia balik johor gi tuang opsssss...Hampeh tul laaa. Tinggal laa aku sensorang tanpa kroni yg hahahampehhsss cam Big. Lapan kalau (ingat tu kalau je) ko tertengok blog nih harap maklum aku nih buta skit script nih. So bantulah aku ehehhhh....supaya ramai skit kroni blogger ko tuh.He hok he hok........(seronot tul ketawa cam keldai nih!!!)